KPM TAMBAH BAIK PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan menambah baik program-program yang ditawarkan di kolej vokasional bagi meningkatkan kualiti dan tahap kebolehpasaran pelatih.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin Senin berkata tindakan tersebut dibuat selepas mengambilkira pandangan pelbagai pihak yang berkaitan termasuk Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

KPM berpandangan selepas tujuh tahun program peringkat Diploma Kolej Vokasional diperkenalkan, sudah tiba masanya program-program yang ditawarkan di Kolej Vokasional memberi keutamaan kepada standard pendidikan yang tinggi selaras dengan hasrat melahirkan pelatih yang berkualiti tinggi.

“Langkah-langka penambahbaikan ini telah dibincang dan diberi peritmbangan mendalam sejak Mei 2018 yang lalu dan telah melalui siri perbincangan dengan pelbagai pemegang taruh.

“KPM juga telah mengadakan perbincangan bersama pada ibu bapa dan pelajar-pelajar serta pihak industry mengenai program Kolej Vokasional,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Amin Senin turut menafikan dakwaan mengatakan KPM menutup beberapa program di kolej-kolej vokasional.

Sebaliknya beliau menegaskan terdapat beberapa program yang ditangguh untuk sementara waktu bagi tujuan semakan semula terhadap kurikulum demi memenuhi keperluan akreditasi MQA (Academic- Outcome BasedEducation).

“KPM juga ingin menegaskan bahawa menjadi hasrat KPM untuk memastikan persijilan dan piawaian industri dipatuhi dan dijadikan rujukan utama dari aspek kebolehpasaran, peningkatan kemahiran dan penambahbaikan kurikulum,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.