KPM NAFI BANTUAN MAKANAN DIPOTONG

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan pemotongan peruntukan Bantuan Makanan Asrama (BMA) sehingga 72 peratus seperti yang ditularkan di laman sosial.

Katanya seperti amalan sebelum ini, KPM menurunkan 72 peratus penurunan BMA kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri manakala baki akan disalurkan pada bulan Julai nanti.

“Meskipun peruntukan yang dipohon tidak diperoleh sepenuhnya dalam Belanjawan 2019, KPM akan mengamalkan pendekatan berhemah dalam menyediakan makanan mengikut butiran peruntukan yang diterima setiap kementerian termasuk KPM dalam belanjawan 2019 boleh diperolehi di domain umum dan bukannya satu rahsia,” katanya melalui kenyataan pada Rabu.

KPM turut menjelaskan bahawa pengiraan keseluruhan harga kontrak adalah berdasarkan bilangan murid dan lokasi sekolah.

Katanya, kontraktor dipilih mengikut ketetapan garis panduan, peraturan serta pekeliling berkaitan perolehan yang berkuat kuasa.

“Penetapan harga itu juga mengambil kira kontrak yang dianugerahkan melalui tender terbuka dan dipersetujui antara kontraktor dengan kerajaan.

“Bagi tender baharu yang dianugerahkan tahun ini, pelantikan kontraktor adalah secara kaedah tender terbuka melalui sistem ePerolehan sepenuhnya.

“Kementerian Pendidikan memilih kontraktor melalui kaedah tender terbuka yang mana ia dilaksanakan secara telus dan penuh integriti,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.