KPM TIDAK TERLIBAT PENAMATAN PEKERJA KONTRAK

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan pihaknya tidak terlibat dalam sebarang urusan pengambilan kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan dan kebersihan di sekolah-sekolah seperti dibangkitkan pihak tertentu.

Katanya KPM turut tidak mempunyai sebarang penglibatan untuk menamatkan kontrak pekerja-pekerja kawalan keselamatan dan kebersihan di sekolah-sekolah di bawah kementerian tersebut.

“Memandangkan perkhidmatan kawalan keselamatan dan kebersihan sekolah merupakan perkhidmatan kontrak, KPM ingin menjelaskan bahawa KPM tidak terlibat dengan penamatan mahupun pengambilan mana-mana pekerja kontrak.

“Ia dibuat sepenuhnya oleh syarikat yang mendapat kontrak untuk menyediakan perkhidmatan sokongan,” katanya melalui kenyataan pada Rabu.

KPM turut menambah bilangan pekerja yang digunakan turut bergantung sepenuhnya kepada Syarikat kontrak yang dilantik.

“Pun begitu, menjadi harapan KPM agar syarikat yang mendapat kontrak perkhidmayan keselamatan menjaga kebajikan dan kepentingan pekerja masing-masing,” katannya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.