UMNO SABAH SEDIA TERIMA BEKAS AHLI

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar menjelaskan UMNO negeri itu mengalu-alukan kemasukan kembali bekas pemimpin dan ahlinya yang bertindak keluar parti sebelum ini.

Katanya kepimpinan UMNO negeri sentiasa membuka pintu kepada rakan lama terutamanya mereka yang masih belum menyertai mana-mana parti setakat ini.

“Sebetulnya ada (bekas ahli yang tampil menemuinya), ada yang segan tetapi selepas lama menunggu dan seperti dipermainkan, ada yang sertai parti lain.

“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kata tidak akan masuk Sabah, jadi mereka (bekas pemimpin UMNO Sabah) macam terperangkap,” katanya lapor media selepas mesyuarat tertutup bersama sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Sabah di Kota Kinabalu pada Rabu.

Walaubagaimanapun beliau menjelaskan bekas pemimpin terbabit perlu melalui proses biasa berikutan kedudukan mereka sebelum ini sudah diisi oleh pemimpin baharu.

Mengulas lanjut, Bung Mokhtar yang juga ahli Parlimen Kinabatangan berkata UMNO Sabah kii turut menjalankan proses pembersihan bagi mengenalpasti jumlah terbaharu ahli dan cawangan di setiab bahagian negeri itu.

“Hasil pembersihan ini, kita dapati hanya 10 peratus saja ahli yang meninggalkan parti. Setakat ini, UMNO Sabah mempunyai 5,187 cawangan yang masih aktif membabitkan 565,064 ahli di seluruh negeri.

“Berdasarkan keadaan ini, kita yakin UMNO masih relevan dan diterima rakyat,

“Lebih-lebih lagi dengan kuasa autonomi yang diberikan kelak (kepada UMNO Sabah),” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.