YADIM: LANTIKAN ZAMAN BN LEBIH BAIK

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli menyifatkan pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) jauh lebih baik berbanding Pakatan Harapan (PH) yang jelas melibatkan lantikan politik.

Katanya lantikan terbaharu YADIM yang dikuasai pemimpin PH itu nyata menimbulkan rasa kurang senang rakyat seluruh negara.

Malah katanya kepemimpinan badan agama tersebut pada zaman BN juga tidak menimbulkan sebarang pertikaian dan lebih telus berbanding pada masa kini.

“Kita akui pelantikan di zaman kerajaan BN adalah lebih baik dan tidak timbul pertikaian.

“Sekarang orang sudah mula pertikai mengapa YADIM dikuasai oleh orang-orang politik,” katanya kepada media tempatan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohd Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang berkata kepimpinan YADIM seharusnya dipilih dalam kalangan cendekiawan Islam dan bukan individu politik yang memberi tanggapan negatif terhadap badan tersebut.

“Banyak lagi cendekiawan Islam yang layak tetapi mengapakah memilih orang politik?

“Pilih orang politik akan menyebabkan tanggapan tidak baik dalam kalangan masyarakat terhadap jabatan agama itu,” katanya mengulas mengenai pelantikan ADUN (DAP) Paloh, Sheikh Omar Ali termasuk pemimpin PH lain ke dalam lembaga amanah YADIM.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.