YAKIN UMNO BANGKIT JIKA BERSATU

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan UMNO-Barisan Nasional (BN) mampu menumbangkan Pakatan Harapan (PH) jika semua ahli di peringkat akar umbi dan pimpinan bersatu.

Beliau yakin UMNO-BN mampu menawan semula negeri-negeri yang kini dikuasai oleh PH terutamanya dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) nanti sekiranya berjaya menarik kembali keyakinan rakyat dengan kesatuan yang kukuh.

“Pada tahun 1999 kita kalah kerana isu Anwar Ibrahim, kemudian pada tahun 2004 kita bangkit semula dan tumbang pada tahun 2018 kerana janji-janji palsu Pakatan Harapan (PH) yang nenyebabkan Barisan Nasional (BN) turut hilang kuasa tampuk pemerintahan negara sehingga rakyat berada dalam keadaan sengsara.

“Ekoran itu, saya percaya UMNO akan kembali bangkit sekiranya setiap ahli di peringkat akar umbi terus bersatu,” katanya ketika ditemui media selepas program UMNO Bangkit di Akar Umbi di Markas Besar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Terengganu pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ahmad Said yang juga bekas menteri besar Terengganu turut yakin UMNO mampu menawan kembali Terengganu dan negeri-negeri pantai barat semenanjung.

Katanya formula kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands boleh dijadikan sandaran dalam mana-mana pilihan raya akan datang.

“Bagi negeri pantai barat pula BN dan PAS boleh mengguna pakai formula Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sekiranya mahu menumbangkan PH daripada terus menerajui tampuk pemerintahan negara,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.