AES: RAKYAT DITIPU LAGI

Penambahan Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuktikan janji pemansuhan AES seperti sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) oleh pimpinan PH hanya sebuah retorik.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor, Johan Azam Mohd Yasin berkata tindakan berdiam diri pemimpin PH mengenai pengumuman penambahan 11 lagi kamera AES di Lebuh Raya Utara Selatan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke itu menunjukkan penipuan PH sebelum PRU-14 yang konon memperjuangkan nasib rakyat.

“Sebelum ini, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang juga Presiden Anti Sama Ekor (KASE) adalah antara individu paling lantang membantah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang disifatkan hanya untuk memeras duit rakyat dan menzalimi mereka.

“Beliau juga menyifatkan kerajaan mengaut keuntungan daripada hasil saman AES yang dikenakan kepada rakyat. Alasan pelaksanaan AES adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sangat tidak masuk akal.

“Hari ini, setelah Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan, perjuangan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu untuk melihat AES dimansuhkan nampaknya tidak menjadi kenyataan dan hanya cerita palsu mereka sahaja,” katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Johan berkata kerajaan PH terutamanya Anthony Loke perlu menghentikan penindasan terhadap rakyat dan mengotakan janji untuk memansuhkan AES secara total.

Katanya, rakyat akan memastikan kerajaan PH dihukum berikutan penipuan yang dibuat serta pelaksanaan yang tidak menguntungkan rakyat.

“Hari ini, beliau selaku Menteri Pengangkutan wajib bertanggungjawab untuk memansuhkan AES secara total di mana telah dijenamakan sebagai AWAS.

“Penambahan 11 lagi kamera AWAS ini sudah pastinya menjadikan beliau sebagai menteri yang digelar sebagai ‘hero’ dalam menindas rakyat dan menipu rakyat Malaysia.

“…Saya secara tegas memberi amaran kepada PH bahawa rakyat yang kamu tipu ini akan memastikan kamu dihukum pada Pilihan Raya yang akan datang,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.