AES: SIAPA YANG SAPU DUIT RAKYAT?

Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menambah bilangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menunjukkan wajah sebenar kerajaan yang mencengkam rakyat.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata langkah diambil PH dengan mengutip kesemua wang saman AES untuk dimasukkan ke dalam Kementerian Kewangan juga membuktikan kerajaan hanya mementingkan diri sendiri berbanding menjaga kepentingan dan kemaslahatan rakyat.

Beliau berkata Timbalan Menteri, Datuk Mahfuz Omar perlu memberi penjelasan mengenai langkah sumbang kerajaan PH secara bersungguh-sungguh sama seperti waktu ketika beliau lantang mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memansuhkan AES satu ketika dahulu.

“Projek AES sebenarnya dimulakan dan dipilih sebelum saya menjadi perdana menteri. Apabila saya menjadi perdana menteri, kerajaan kita meminta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk ambil alih projek itu supaya LTAT boleh dapat sedikit pendapatan untuk veteran-veteran.

“Tetapi kerajaan PH hari ini sudah mengambil kembali projek ini dari LTAT dan semua wang saman yang dikutip kini masuk ke dalam Kementerian Kewangan.

“Kena tanya pahlawan (Mahfuz) ini lagi. Jadi..sekarang siapa yang sapu duit Rakyat?,” soal beliau melalui kenyataan di laman sosial rasminya pada Isnin.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.