MCA TERIMA KERJASAMA UMNO – PAS

Kerjasama UMNO dan PAS bagi mengalahkan pesaing yang sama dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tidak mendatangkan sebarang masalah buat MCA.

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan wujud perbezaan antara solidariti semasa blok pembangkang dengan gabungan parti komponen melibatkan PAS.

“Sebagai contoh, jika sesebuah parti mahu berjuang menentang rasuah, saya tidak kata kami mempunyai ideologi berbeza. Ini merupakan nilai bersama yang mesti dipertahankan oleh kita semua.

“Dahulu parti pembangkang juga pernah terima kerjasama dan kolaborasi. Saya tak nampak perbezaan apabila dahulu PAS dan DAP bekerjasama rapat,” katanya.

Mengulas lanjut, Ka Siong yang juga ahli Parlimen Ayer Hitam berkata UMNO dan PAS hanya mahu bekerjasama dalam politik tanpa membentuk sebuah parti tunggal.

“Jika saya mahu bertanding di satu kerusi, parti yang satu lagi tidak akan bertanding dalam pilihan raya itu bagi mengelakkan persaingan tiga penjuru,”

“Terdahulu (PRU 2008, 2013), PAS tidak bertanding di kawasan DAP.

“Dua parti itu memutuskan untuk meletakkan cuma satu calon. Apakah yang salahnya?,” soal beliau lapor media pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada Selasa.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.