RAYA CINA HAMBAR; “SAYA BUKAN MENTERI KEWANGAN… ” – NAJIB

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kenyataan mengenai sambutan Tahun Baharu Cina yang tidak meriah berbanding dahulu bukan dibuat secara semberono, tetapi melalui pemerhatian dan fakta.

Katanya laporan perkembangan media mengenai sambutan perayaan kaum Cina itu membuktikan sendiri bahawa rakyat semakin berhati-hati dan berjimat cermat berikutan gusar mengenai keadaan ekonomi yang tidak menentu di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau turut menzahirkan rasa simpati terhadap keluhan yang diterima daripada masyarakat Cina ekoran terpaksa menyambut perayaan penting dalam keadaan yang tidak semeriah dahulu.

“Hari itu apabila saya membuat FB live dan menyuarakan permerhatian saya bahawa perayaan Tahun Baru Cina kali ini tidak semeriah berbanding tahun-tahun dahulu kerana ekonomi sudah lembab selepas PRU14, saya dikecam oleh setengah orang,” katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Najib yang juga ahli Parlimen Pekan itu turut menyertakan tangkap layar tajuk berita mengenai kedudukan kewangan negara yang menjadi punca kepada sambutan tahun baharu cina yang dirasakan hambar berbanding tahun sebelumnya.

“Hari ini, media juga melaporkan yang sama apabila mereka membuat tinjauan masing-masing.

“Harap maklum. Saya bukan Menteri Kewayangan. Saya berdasarkan fakta,” sindir beliau.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.