SOKONGAN JENTERA PEMBAKAR SEMANGAT UMNO

UMNO mendapat suntikan semangat apabila penyokong serta tenaga sukarelawan berpusu-pusu menyatakan kesediaan untuk membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata keikhlasan yang ditunjukkan banyak pihak untuk membantu kempen UMNO dalam PRK tersebut sangat mengujakan dan memberikan impak positif kepada parti.

“Alhamdulillah..begitu ramai tenaga UMNO dan BN serta PAS termasuk NGO yang mahu bersukarela turun berkerja di PRK Semenyih…luar biasa..Saya ucapkan terima kasih.

“Berkempenlah secara sukarela, secara bersederhana dan beretika. Kita tiada wang ringgit, kita tiada kuasa apa pun. Tapi keikhlasan anda kekuatan kami,” katanya menerusi catatan di facebook pada Rabu.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh turut berharap hubungan silaturahim sesama pihak dapat terus dipupuk dan dipererat.

Beliau turut mengingatkan supaya semua pihak mematuhi undang-undang semasa berkempen.

“Sambil berkempen, pupuklah silaturrahim, kukuhkan tali persaudaraan dan ukhuwah.

“Banyakkan program bersifat ibadat dan kebajikan..solat berjemaah,solat hajat,bacaan Al- quran,Yassin, Tahlil, taqarrub dan lain-lain.

“Patuhi undang undang dan peraturan Pilihanraya. Bercakap dan berceramah dengan tegas dan berani demi rakyat,” katanya.

PRK DUN Semenyih yang dijangka berlangsung pada 2 Mac ini dibuat berikutan kematian penyandangnya, Mohd Bakhtiar Mohd Nor dari PPBM pada Januari lalu.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.