MCA SUDI JALIN KERJASAMA DENGAN PAS

Naib Presiden MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata MCA kini sedia bekerjasama dengan PAS dalam isu melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

Katanya MCA mahu bersama-sama menumpukan terhadap masalah rakyat dan bukan isu perbezaan agama atau kaum yang memecahbelahkan seperti yang dimainkan oleh DAP.

“MCA akan terus membina hubungan kaum, dan malah bekerja dengan Pas mengenai isu-isu bersama demi kepentingan negara,” katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Lian Ker turut menjelaskan mengenai tindakan DAP yang semata-mata atas kepentingan politik sehingga sanggup mengeksploitasi perbezaan agama dan kaum di negara ini.

Katanya kerjasama DAP dan PAS sebelum ini dilihat menyemai kebencian dan perasaan syak wasangka antara kaum sehingga menimbulkan kebencian dan polemik perkauman yang teruk, sekali gus memusnahkan keharmonian yang telah diusahakan pentadbiran Barisan Nasional (BN) sejak mencapai kemerdekaan.

“DAP sebelum ini berjaya membuatkan masyarakat Cina menentang MCA disebabkan isu Ketuanan Melayu yang kononnya digalakan oleh UMNO dan diterima oleh MCA,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.