BERAPA LAMA MASA EDIT TRANSKRIP – KA SIONG

Dengan sinis, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong bertanya mengenai tempoh masa diambil Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya untuk mengedit transkrip yang konom diterima dari Cambridge International University itu.

Ka Siong menjelaskan transkrip universiti yang ditunjukkan Marzuki konon sebagai bukti kelayakannya dari pusat pengajian Amerika Syarikat (AS) itu mirip dengan transkrip contoh yang dipaparkan dalam laman web universiti tersebut.

“Gred bagi kesemua sembilan mata pelajaran serta purata nilai gred (GPA) yang 100 peratus sama dengan transkrip contoh (template) yang dipaparkan di laman web universiti.

“Terdapat tiga kemungkinan bagaimana ini boleh berlaku, kemungkinan pertama adalah kerana kebetulan yang amat luar biasa.

“Lebih susah untuk ditemui berbanding dengan kita kena hadiah pertama Sports Toto,” sindir beliau di laman Facebooknya pada malam Jumaat.

Menurutnya kemungkinan kedua mungkin universiti yang diragui kesahihannya itu menghantar keputusan yang serupa kepada semua ‘graduan’ yang membayar yuran.

“Kemungkinan ketiga, ‘bro’ berapa lama dipakai untuk copy, paste, edit?,” soal Ka Siong.

Selepas menunjukkan sijil yang meragukan sebagai bukti kelayakan akademiknya, Marzuki Yahya yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini didesak pelbagai pihak untuk melepaskan jawatan yang dipegang dalam kerajaan.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.