KELAYAKAN AKADEMIK : MB JOHOR DIGESA MENGAKU

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian perlu segera tampil membersihkan tuduhan bahawa beliau turut mempunyai kelayakan akademik ijazah dan diploma yang palsu.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor, Johan Azam Mohd Yasin berkata Osman perlu menyertakan bukti ijazah asli yang konon didakwa diperoleh daripada Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau turut mendesak Osman untuk melepaskan jawatan sebagai MB Johor sekiranya terbukti menipu dan mengkhianati rakyat.

“Sehingga saat ini, beliau masih belum menjawab isu berkenaan. Adakah pasukan media atau pegawai-pegawai khasnya ketika ini sedang ‘panas punggung’ dan sedang dimaki oleh Osman Sapian untuk mencari sumber menangkis isu ini?

“Justeru, sekiranya gagal menunjukkan bukti, kami minta beliau untuk mengaku telah mengkhianati dan menipu rakyat negeri ini, sekali gus dipersilakan untuk berundur melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dengan segera,” katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu sejurus selepas terbongkar isu mengenai ‘sijil palsu’ Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, rakyat mula meragui kelayakan Osman yang mendakwa mempunyai ijazah dan diploma Perakaunan dari UPM yang dilihat turut meragukan.

Mengulas lanjut, Johan berkata Pemuda UMNO negeri berharap pihak Osman tidak memberi alasan konon ‘Menipu sijil tidaklah seteruk mencuri duit rakyat, duit negara’ seperti dakwaan sesetengah fanatis PH.

“Adakah menipu sijil itu lebih mulia daripada perbuatan mencuri? Agak mencuit hati alasan sedemikian,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.