SIJIL PALSU: TIDAK HAIRAN PRESTASI LEMAH&

PAS tidak terkejut apabila menteri kabinet dan timbalan gagal menyempurnakan tugas dengan efektif berikutan wujud ramai individu yang berlatar belakang pendidikan yang meragukan dalam blok tersebut.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, faktor tersebut berpunca daripada wakil-wakil rakyat dan senator yang memegang portfolio tertentu kurang tahu dan tidak berkemahiran dalam bidang masing-masing.

“Isu ijazah palsu dalam kalangan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) yang berlegar di media hari ini amat memalukan.

“Dakwaan itu sebenarnya memberi kesan kepada integriti barisan Kabinet dan menjadi bahan jenaka dalam kalangan rakyat,” katanya kepada media di Alor Setar pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ahmad Fakhruddin berkata kejadian memalukan itu secara umum membina persepsi lebih negatif rakyat terhadap ahli politik yang dilihat begitu mudah memanipulasi teknologi terkini untuk kepentingan peribadi dan politik kepartian.

Terdahulu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM kini didesak pelbagai pihak untuk melepaskan jawatannya selepas didakwa menipu kelayakan akademik.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.