PEMUDA UMNO, KESATUAN PELAJAR DESAK POLIS SIASAT KES SIJIL PALSU

Pihak Polis didesak untuk menyiasat menteri Pakatan Harapan (PH) yang dikaitkan dengan penipuan terang-terangan menggunakan dokumen palsu bagi mempengaruhi rakyat dan mendapatkan kedudukan tertentu.

Dalam memorandum yang dituntut oleh Biro Pendidikan dan Mahasiswa Pemuda UMNO serta Kesatuan Pelajar Malaysia mendesak Pendidikan dan Mahasiswa Pemuda UMNO, serta Kesatuan Pelajar Malaysia itu, mereka turut menuntut agar pemimpin yang menipu kelulusan akademik supaya meletakkan jawatan serta merta tanpa kompromi.

Desakan berkenaan terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman oleh Farhan Kamaruddin, Exco Pemuda UMNO.

Menurut Farhan tindakan para pemimpin yang memalsukan kelulusan pendidikan mereka sebagai tidak berintegriti dan bertentangan dengan semangat Malaysia Baharu yang dicanang kerajaan semasa.

“Mahasiswa di kampus berhempas pulas siang dan malam untuk mendapatkan segulung ijazah, tetapi terdapat pihak-pihak yang mengambil jalan pintas dengan sewenang-wenangnya membeli dan menipu status pendidikan demi kepentingan nafsu politik.

“Ini mencemarkan sistem rukun negara yang jelas, perlembagaan dan inteklektual yang baik , tapi sayang…. ia dirosakkan dengan perangai sifat penipu yang diamalkan oleh kepimpinan kerajaan hari ini.” katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin.

Perkara ini katanya bukan sahaja menjejaskan kredibiliti pemimpin di mata rakyat malahan memburukkan nama baik negara di mata dunia sungguhpun amat komited dalam mencapai sasaran negara berintelektual tinggi.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.