SIASAT DANA ASING DAP

Pihak Polis digesa menyiasat dakwaan mengatakan DAP menerima dana asing bagi membiayai Pilihan Raya Umum (PRU) lalu kerana boleh mencemar kedaulatan negara.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan berkata pihak berkuasa perlu membuka semula kes tersebut bagi membolehkan siasatan dilakukan walaupun situasi politik negara sudah berubah sekarang.

Menurutnya, tindakan menerima dana asing menyalahi integriti negara selain boleh mendatangkan ancaman terhadap kedaulatan, keselamatan serta kepentingan rakyat dan negara.

“Kita membuat laporan bagi membolehkan polis melakukan siasatan terhadap laporan Pemuda PAS yang dilakukan serentak di seluruh negara hari ini.

“Jika pihak berkuasa tidak bertindak segera kita bimbang perbuatan yang menyalahi integriti dan undang-undang dilihat mempunyai tujuan politik yang boleh menggugat keamanan negara,” katanya selepas membuat laporan polis mengenai kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa, Kelantan pada Rabu

Sebelum ini bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Razali Abdul Rahman dilapor mendakwa DAP menerima wang sebanyak RM300 juta dari Israel.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.