HANYA SALAH FAHAM,PAPAGOMO DIBEBASKAN

Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid berkata siasatan awal mendapati insiden serangan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq hanya sebuah salah faham dan tidak begitu serius.

“Kita bagi dia jamin (jaminan polis), saya dapati tidak begitu serius sehingga pergaduhan berlaku tetapi ianya silap faham.

“Ya,tarik menarik berlaku. Papagomo boleh diberi jaminan sehingga siasatan selesai.

“Kalau kita rasakan saksi sudah mencukupi kita akan membawa kes ini kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” jelas Noor Rashid ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Selangor kepada 318 pegawai polis pelbagai pangkat di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Papagomo ditahan di rumahnya di Setapak pada Sabtu lalu bagi membantu siasatan berhubung insiden Syed Saddiq diserang.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.