LAPORAN PALSU SADDIQ: PAPAGOMO LAPOR POLIS

Satu laporan polis telah dibuat oleh Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo terhadap Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membuat laporan palsu berhubung insiden “cekak leher” pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Sabtu lepas.

Katanya tindakan yang dibuat semata-mata untuk menyelamatkan Syed Saddiq yang dilihat sengaja melalui kawasan penyokong Barisan Nasional (BN).

Papagomo turut menyifatkan tindakan menteri belia dan sukan itu sebagai bodoh.

“Syed Saddiq tidak menerangkan perkara sebenar. Mungkin dia malu nak cerita apa yang berlaku sebenarnya atau cuba sorokkan sesuatu.

“Ada orang lain bertindak kasar terhadap beliau, tetapi mungkin saya dilihat sebagai alat politik untuk mendapatkan publisiti. Jadi, dia tuduh saya bertindak ganas dan mencekak lehernya,” katanya sejurus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor seperti lapor media pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau turut mengaku kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan Syed Saddiq terhadapnya yang jelas bersifat politik.

“Kejadian ini memang dilakukan Syed Saddiq. Tiada siapa akan masuk ke kawasan penyokong lawan, selain daripada cuba cetuskan provokasi.

“Kami sudah lama bersahabat, tetapi tak sangka berlaku pengkhianatan sebegini,” katanya.

Terdahulu Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dilaporkan berkata, insiden tarik menarik pada hari kenamaan tersebut hanya salah faham dan bukannya serangan.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.