PRK SEMENYIH: DUA PUSAT UNDI AWAL DIBUKA ESOK

Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih tetap akan diteruskan seperti yang telah dijadualkan sebelum ini, ujar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata SPR turut menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang bahawa proses PRK itu sah mengikut lunas undang-undang.

“Mahkamah menolak tuntutan saman yang dibuat seorang pengundi berdaftar di Semenyih terhadap SPR.

“Sehubungan itu, SPR akan meneruskan PRK Semenyih seperti mana yang telah ditetapkan,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin menolak saman difailkan seorang pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih untuk menghalang pengendalian PRK di kawasan berkenaan oleh SPR pada 2 Mac ini.

Februari lalu, seorang pengundi DUN Semenyih, Sri Sabariah Mohd Shariff, 58, memfailkan saman pemula terhadap SPR bagi menghalang suruhanjaya itu daripada mengendalikan PRK DUN Semenyih.

Sabariah dilapor berkata beliau memutuskan untuk mengambil tindakan saman selepas timbul isu sama ada SPR merupakan entiti yang sah atau tidak selepas badan tersebut hanya mempunyai pengerusi iaitu Azhar tanpa keanggotaan Timbalan Pengerusi dan lima ahli lain.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.