UMNO-PAS SETUJU JALIN HUBUNGAN FORMAL – MOHAMAD HASSAN

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan menyatakan kedua parti antara UMNO dan PAS telah bersetuju menjalinkan hubungan secara formal untuk menjaga kelangsungan agama islam sebagai agama rasmi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi yang memberitahu parti itu akan membentuk satu jawatankuasa dan kerjasama tuntas secepatnya.

Mohamad Hassan ditemui ketika melakukan walkabout di sekitar Kampung Sungai Jai, Semenyih pada Ahad bagi membantu kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih awal Mac.

Oleh: Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.