23 ADUAN DI PRK SEMENYIH

Sebanyak 23 aduan berhubung pelbagai kesalahan direkodkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih bermula, ujar Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata wujud pengadu yang turut memperpanjang laporan tersebut kepada pihak polis termasuk kesalahan membabitkan ceramah tanpa permit.

“Kita juga telah menghentikan kempen tak ada permit kedua-dua pihak, bukan satu pihak sahaja.

“Kemudian, terdapat juga laporan dibuat mengenai pembaikan rumah dan memberikan hamper,” katanya selepas meninjau proses pengundian awal hari ini di Semenyih pada Selasa.

Mengulas lanjut, Azhar turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan mengenai laporan tersebut untuk tampil membuat aduan kepada SPR selain membuat kenyataan media yang tidak memberi sebarang asas salah laku pilihan raya.

“Kalau dibawa ke polis pun, polis tanya mana dapat video ini? Saya nak cakap macam mana, sebab bukan yang asli dari saya.

“Oleh itu, sesiapa yang ada maklumat, sila tampil buat laporan kepada kita,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.