PENYATUAN UMNO-PAS TIDAK HANYA LISAN – AHMAD MASLAN

Penyatuan UMNO dan PAS haruslah dibuat secara bertulis dan bukan hanya secara lisan bagi menterjemahkan lagi kerjasama antara dua parti itu.

Ahli Majis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata penyatuan ini juga merupakan satu pendamaian yang mampu mengusarkan pihak kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata demikian kepada media dalam program Kor Munajat Akifi anjuran pergerakan Wanita UMNO Selangor dan Dewan Muslimat PAS Selangor yang turut membuat solat hajat serta bacaan yassin bagi mendoakan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac 2019.

Oleh Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.