SPR HARUS BERTINDAK SEBAGAI BADAN BEBAS – ISMAIL SABRI

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya bertindak sebagai badan bebas yang adil dalam menjalankan tugas ketika hari pengundian.

Menurutnya, SPR seharusnya mengelak dari terjadinya perkara yang boleh menimbulkan konflik antara penyokong-penyokong parti yang bertanding.

Ismail berkata demikian merujuk kepada tindakan provokasi dari penyokong Pakatan Harapan (PH) yang menaikkan sepanduk yang memfitnah kepada Datin Seri Rosmah Mansur yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada hari pengundian di PRK Semenyih.

Oleh Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.