HENTIKANLAH SIKAP KIASU, HASUTAN PERKAUMAN-SHAMSUL ANUAR

Menteri Kewangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng diberi amaran untuk menghentikan sikap perkauman dan cauvinis yang dilihat masih menebal dalam diri beliau.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata Guan Eng sepatutnya malu kerana sering membuat kenyataan berbau hasutan.

“Sebagai menteri kanan, Guan Eng sepatutnya berfikiran terbuka, positif dan bukan bertindak kiasu, malahan kenyataan beliau adalah bukti jelas, beliau seorang cauvinis dan suka membuat kenyataan berbau hasutan.

“Tidak sekalipun kepimpinan UMNO PAS menyatakan kerjasama antara kedua-dua parti tersebut bertujuan mengancam kaum lain atau bersifat perkauman.

“Ini kerana telah jelas diterangkan bahawa kerjasama UMNO PAS untuk perpaduan ummah tanpa mengenepikan kaum-kaum lain,” tegas Shamsul yang juga ahli Parlimen Lenggong melalui kenyataan media pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama UMNO dan PAS sebagai pengisytiharan perang terhadap kaum bukan Melayu di negara ini.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.