GUAN ENG MENGHASUT: BAPA BOREK ANAK RINTIK

Tindakan Menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh bapanya, Lim Kit Siang yang memimpin DAP pada 13 Mei 1969, tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya tindakan celupar Guan Eng menghasut kaum bukan Melayu yang lain untuk menimbulkan kebencian terhadap kaum Melayu itu turut menunjukkan seolah-olah negara kini ditadbir oleh kerajaan yang mengamalkan budaya rasis dan perkauman.

“Tindakan ini boleh dianggap sebagai hasutan dan provokasi kepada orang bukan Melayu terhadap orang Melayu. Tindakan ini tidak ubah seperti tindakan Lim Kit Siang yang memimpin DAP pada 13hb Mei 1969 yang akhirnya mencetuskan rusuhan kaum terburuk dalam sejarah negara.

“…Lim Guan Eng sepatutnya menyeru kepada perpaduan antara kaum.

“Mutakhir ini orang Islam dicabar begitu dahsyat sehinggakan Nabi Muhammad SAW pun di hina. Apabila Nabi Muhammad SAW dihina, kita tidak mendengar walau sepatah komen dan kenyataan dari LGE yang mengutuk tindakan sedemikian,” katanya melalui kenyataan di Facebook beliau pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menegaskan Guan Eng perlu diambil tindakan undang-undang kerana kenyataan Setiausaha Agung DAP itu berpotensi mencetuskan bencana kepada negara.

Jelas beliau kenyataan Guan Eng turut menggambarkan kegusaran PH tentang mimpi ngeri terbentuknya perpaduan dan kesatuan Melayu dan kaum lain yang mampu mengembalikan tampuk kekuasaan kepada rakyat untuk menolak fitnah dan penindasan kerajaan PH.

“Apa yang saya nampak ialah Guan Eng dan dan PH telah mengakui kegagalan menghasut Melayu- Islam yang telah semakin sedar dari perpecahan yang merugikan mereka dan kini Guan Eng dan PH cuba untuk menghasut kaum bukan Melayu untuk membenci orang Melayu-Islam.

“Fitnah dan hasut merupakan formula dan ramuan wajib Bangsa DAP sehingga mereka berjaya berkuasa di Putrajaya.

“Saya berharap pihak Polis harus bertindak segera terhadap Guan Eng tanpa mengira kedudukan beliau hari ini. Pihak PDRM tidak seharusnya berkompromi dengan apa jua unsur hasutan dan tindakan provokasi sebegini kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum seperti peristiwa berdarah negara 13 Mei 1969. Perpaduan kaum lebih penting daripada Guan Eng,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.