GUAN ENG RASIS TOLAK SEMANGAT PERLEMBAGAAN-PERSEKUTUAN

Ketua Bahagian UMNO Subang, Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah menyifatkan kenyataan cauvinis dan rasis yang dibuat Guan Eng ibarat menolak semangat Perlembagaan Persekutuan dan asas kepada perpaduan negara.

Tambahnya, kerjasama UMNO dan PAS adalah demi perpaduan Ummah tanpa meninggalkan kepentingan semua kaum, bangsa dan agama berdasarkan perlembagaan negara.

“Kenyataan Guan Eng ini ibarat seekor anjing salakan Kerajaan Harapan mewakili Malaysia Baru , di mana ianya satu kenyataan daripada seorang menteri tidak bertanggungjawab yang boleh mendatangkan keretakan perpaduan dan keselamatan negara.

UMNO Bahagian Subang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang di bawah AKTA HASUTAN.

UMNO Bahagian Subang juga ingin mendesak Guan Eng memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang tidak bertanggungjawab beliau,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, UMNO Bahagian Subang juga akan membuat satu laporan polis terhadap kenyataan Barking Dog Harapan Lim Guan Eng dan mohon pihak Polis dan Peguam Negara jangan Double Standard dalam isu ini kerana rakyat inginkan Keadilan bukan Parti Keadilan dalam isu perpaduan negara ini.

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.