PH AKUI SUKAR MENANG DI RANTAU



Presiden PAN, Mohamad Sabu mengakui bahawa Pakatan Harapan (PH) bakal menghadapi kesukaran bagi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang dijadualkan berlangsung 13 April ini.

Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertahanan berkata PH perlu berusaha lebih gigih untuk merampas kerusi DUN Rantau yang disandang selama tiga penggal oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Anggapan bahawa PH adalah barua DAP masih kuat selain pihak lawan menggunakan ayat al-Quran.

“Oleh demikian, PH kena ambil perhatian dan perlu berjaga-jaga supaya tidak timbul persepsi yang salah.

“Ini kerana pihak lawan memang kerja mereka menimbulkan persepsi sebegitu,” dakwa beliau ketika menjawab soalan diajukan Moderator, Tan Sri Johan Jaafar

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.