GILIRAN KOR MING MENGHASUT RAKYAT

Kerjasama UMNO dan PAS yang dilihat bakal menyatupadukan kaum Melayu dilihat amat membimbangkan DAP sehingga memaksa pimpinan parti itu mengeluarkan kenyataan-kenyataan melampau.

Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming bertindak biadap apabila menyifatkan kerjasama UMNO dan PAS akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan pada zaman pemerintahan Taliban.

Beliau turut mendakwa rakyat bakal menghadapi penderitaan sekiranya kedua-dua parti terbesar kaum Melayu itu berjaya membentuk kerajaan.

Kor Ming turut bertegas konon rakyat negara ini juga bakal mengalami perpecahan berikutan kerjasama rasmi UMNO dan PAS dilihat semakin ekstrem.

“UMNO dan PAS telah mengambil tindakan bersama yang semakin ekstrem manakala orang Melayu yang berfikiran terbuka dan sederhana telah berdiam diri.

“Golongan yang berfikiran sederhana dan pertubuhan masyarakat perlu bersatu dan menguatkan tenaga supaya negara menghala ke arah pemerintahan yang mengamalkan pendekatan sederhana, bukannya ekstrem,” katanya seperti dipetik media tempatan pada Sabtu.

Beliau dipercayai berkata demikian dalam satu majlis sempena Sambutan Hari Wanita di Taiping semalam.

Kor Ming yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat turut mengibaratkan UMNO dan PAS seperti dua buah kapal yang semakin karam tetapi cuba menyelamatkan diri dengan berpaut antara satu sama lain.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terdahulu turut mengkritik kerjasama rasmi UMNO dan PAS dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai ‘pengisytiharan perang’ terhadap kaum bukan Melayu.

Kenyataan Guan Eng yang juga Menteri Kewangan itu kemudiannya ditarik kembali dan disunting setelah mendapat kecaman daripada rakyat dan pelbagai pihak.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.