KERAJAAN PENYATUAN UMMAH UMNO-PAS

UMNO bercadang untuk mewujudkan kerajaan campuran yang bakal dikenali sebagai kerajaan Penyatuah Ummah di empat buah negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata cadangan itu telah dibentangkan di peringkat awal kepada PAS pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas kedua-dua parti yang lalu.

Walaubagaimanapun beliau mengingatkan bahawa perkara tersebut masih di peringkat cadangan sebelum tindakan seterusnya.

“Sebab itu saya bincang dengan PAS tempoh hari, kalau boleh kita mulakan dulu kerajaan campuran dikenali sebagai Kerajaan Penyatuan Ummah ini di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis.

“Manakala di Perak dan Kedah yang mempunyai perbezaan kecil kerusi antara BN, PAS dan Pakatan Harapan (PH) juga kita akan ‘goncangkan’ agar mereka (PH) tidak senang duduk,” katanya ketika berucap di Majlis Perjumpaan Khas bersama kepemimpinan UMNO Melaka di Sungai Rambai, Melaka pada Sabtu.

Mohamad Hasan turut menjelaskan satu jawatankuasa kerja telah diwujudkan di peringkat UMNO yang dipengerusikan Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai penyelaras bersama jawatankuasa dibentuk oleh pihak PAS kelak.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.