KERJASAMA UMNO-PAS BUKAN TALIBAN – NIK ABDUH

Dakwaan konon kerjasama UMNO dan PAS bakal memecah-belahkan rakyat serta menjadikan negara seperti Afghanistan yang diperintah Taliban satu ketika dahulu adalah fitnah lama yang diulang semula.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming itu membuktikan ketakutan parti tersebut terhadap sejarah baharu melibatkan kerjasama PAS dan UMNO yang akan terus dikukuhkan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau turut berkata kenyataan tersebut turut merupakan usaha DAP untuk memberi gambaran salah kepada kaum bukan Islam dengan menggambarkan pemerintahan mengikut lunas Islam adalah bersifat keras dan menindas.

“Bukan hanya beliau (Kor Ming), malahan hampir keseluruhan pemimpin Pakatan Harapan (PH) telah mengeluarkan kenyataan pelik-pelik termasuk bosnya, Lim Guan Eng yang membuat kenyataan rasis dan menimbulkan kemarahan kerana ia tidak layak timbul dari seorang menteri dalam negara kita.

“Dan dia (Mat Sabu) pertahankan itu, maknanya benarlah apa yang kita kata bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) ini tidak lebih daripada dilahirkan oleh DAP.

‚ÄúSetiap kali DAP cakap tidak betul, dia tolong ‘syarah’, kerja dia adalah tukang ‘syarah’ apa yang orang Islam tidak faham mengenai DAP,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kuala Kangsar, Perak pada Sabtu.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.