SEBENARNYA DAP TAKUT HILANG KUASA

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata pemimpin DAP dan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya takut kehilangan kuasa apabila pembangkang mengusahakan penyatuan kaum Melayu untuk mempertahankan hak mereka di tanah air sendiri.

Katanya perkara tersebut jelas dilihat dalam beberapa siri provokasi serta kebencian yang ditimbulkan DAP terhadap kerjasama UMNO-PAS dengan tuduhan-tuduhan liar.

“DAP-PH sebenarnya amat takut kehilangan kuasa setelah melihat PAS dan Barisan Nasional (BN) bertemu bagi membincangkan hal penyatuan ummah dan memelihara kesucian Islam.

“Itulah kerja mereka, asyik menimbulkan provokasi kebencian dalam kalangan rakyat dengan membuat tuduhan-tuduhan liar dan karut,” katanya kepada media pada Isnin.

Mengulas lanjut, Fakhruddin berkata DAP-PH sepatutnya memberi perhatian untuk melaksanakan janji-janji manifesto sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) berbanding mencampuri urusan kerjasama UMNO-PAS yang sememangnya tidak mendatangkan ancaman kepada rakyat di negara ini.

“…Sebaliknya, apa yang perlu dikhuatirkan oleh mereka ialah bingkai masa untuk menunaikan janji manifesto seperti diumumkan dalam pilihan raya umum (PRU) lalu,” tegas beliau.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.