AHLI POLITIK INDONESIA SINDIR PM

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad disindir politikus Indonesia selepas mengakui tidak mengetahui pembebasan Siti Aisyah daripada tuduhan membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam adalah hasil rundingan kerajaan Indonesia-Malaysia.

Wakil Ketua Dewan Perwakilan Rakyat, Fadli Zon menyifatkan kenyataan Dr. Mahathir sebagai memalukan berikutan masih banyak masalah berkaitan warganegara Indonesia yang gagal diselesaikan di luar negara.

“Kalau baca komen Mahathir jadi malu. Ketika mencapai sesuatu kejayaan, terus mahu diperakui. Tetapi masih banyak masalah masalah tidak diselesaikan mengenai warga Indonesia di luar negara,” katanya.

Perdana menteri terdahulu dilapor menafikan pembebasan Siti Aisyah adalah merupakan hasil rundingan kedua-dua negara.

Sebaliknya beliau berkata pembebasan Siti Aisyah pada Selasa oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam itu jelas merupakan keputusan mahkamah mengikut proses undang-undang.

Kenyataan tersebut bercanggah dengan kenyataan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Yasonna H Laoly yang berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memberi maklum balas positif terhadap permohonan pihaknya bagi membebaskan Siti Aisyah daripada tuduhan.

Mengulas lanjut, Fadli yang juga Wakil Ketua Umum parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) pimpinan calon Presiden, Prabowo Sandi itu berkata Dr. Mahathir sepatutnya dinasihati untuk tidak berkata terlalu jujur sehingga merosak imej kepahlawanan yang dirasai negara itu selepas Siti Aisyah berjaya dibebaskan.

“Harusnya ada yang melobi PM Mahathir agar jangan bercakap terlalu jujur apa adanya.

“Merusak skenario “kepahlawanan” membebaskan Siti Aisyah,” katanya melalui ciapan di Twitter pada Rabu.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.