INGAT MOHON FBI JEJAK ANAK INDRA GANDHI

Tindakan INGAT (INDRA GANDHI ACTION TEAM) mengambil langkah untuk meminta bantuan daripada FBI melalui Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia untuk mengesan anak bongsunya, Prasana Diksa Diksha seolah-olah menjemput ‘musuh’ ke dalam rumah.

Ketua kumpulan INGAT, Arun Dorasamy berkata pihaknya akan memberikan segala dokumen mengenai kes Prasana yang dikumpulkan oleh mereka selama ini kepada FBI melalui Kedutaan Amerika Syarikat yang terletak di ibu negara pada 19 Mac ini.

Kes Indra Gandhi yang berjuang selama 10 tahun untuk mendapat balik hak status agama dan hak pelihara 3 anaknya daripada bekas suami Muhammad Riduan yang merupakan seorang Muslim.

Terdahulu, mahkamah memutuskan bahawa ketiga -tiga anaknya akan berada dalam peliharaan Indra Gandhi.

Walaubagaimanapun, Muhammad Riduan tidak mengembalikan Prasana Diksa kepada Indra Gandhi.

Perkara ini menyebabkan pihak mahkamah mengeluarkan perintah kepada PDRM untuk mengesan Prasana Diksa yang kini berumur 11 tahun dan mengembalikan kepada ibunya.

Sehingga ke hari ini, tiada maklumat sebenar tentang lokasi Prasana Diksa dan Muhammad Riduan.

Jurucakap INGAT, Arun Dorasamy mendakwa INGAT telah berusaha untuk mengesan Prasana Diksa melalui Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Agama, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pelajaran dengan alasan khuatir dengan keselamatan Prasana Diksa.

INGAT telah membawa kes ini kepada pihak polis sebelum memohon bantuan FBI Amerika. “Kami berrharap Amerika Syarikat menangani kes ini yang diklassifica dalam category “human trafficking kami juga bersedia ke Washington, Amerika Syarikat untuk membentang kes tersebut.

“Kami hanya mahu Prasana Diksa pulang ke pangkuan ibunya dalam keadaan selamat, jelas Arun Dorasamy.

“Dalam pada itu INGAT juga sedang dalam hubungan dengan Kedutaan Thailand dan INTERPOL,” katanya melalui kenyataan media pada Khamis.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.