MESYUARAT PRRTAMA UMNO-PAS PERAK

Mesyuarat pertama UMNO dan PAS peringkat negeri Perak memberi makna besar untuk kerjasama lebih kukuh kedua dua parti.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, mesyuarat yang berlangsung dalam suasana mesra itu membincangkan kepada soal mengukuhkan kerjasama dan muafakat pemimpin dan ahli UMNO dan PAS.

“Pada mesyuarat pertama semalam, kita tidak membincangkan tentang pembahagian kerusi tetapi bincang bagaimana untuk mengadakan program di semua peringkat,” katanya dalam sidang akhbar di Ipoh pada Khamis.

Pimpinan PAS yang hadir termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Muhammad Ismi Mat Taib; Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Perak, Ibrahim Zakaria dan Ketua Muslimat Pas Perak, Dr. Najihatusalehah Ahmad dan beberapa pimpinan Pas yang lain.

Manakala Pemimpin UMNO lain yang hadir termasuk Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Hasbullah Osman dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dari negeri ini iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib.

Mesyuarat tersebut turut mencapai kata sepakat bagi perjumpaan secara berkala pada masa akan datang.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.