UNIT AMAL ‘TURUN PADANG’ BANTU MANGSA PENCEMARAN

Jabatan Amal PAS dan Khidmat Malaysia mengambil langkah segera dengan memberi bantuan kepada mangsa mangsa pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata bantuan yang digerakkan itu merupakan tanda prihatin bagi membantu agensi kerajaan mengawal keadaan dari terus bertambah parah.

“Saya mengajak semua pihak untuk mengambil segala langkah yang perlu, seterusnya berdoa ke hadrat Allah SWT agar bencana pencemaran alam di Pasir Gudang dapat dibendung dengan segera.

“Sebagai tanda prihatin, PAS telah menggerakkan Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal ke lapangan untuk memberikan bantuan kepada mangsa dan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang terlibat,” katanya melalui kenyataan di laman Facebook rasmi beliau pada Khamis.

Media melaporkan jumlah mangsa yang terjejas akibat pencemaran kimia itu terus meningkat sehingga mencecah seramai 2,775 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, seperti dipetik media berkata jumlah itu termasuk mangsa yang mendapatkan rawatan di dua pusat rawatan awal yang dibuka selain rawatan terus di hospital dan klinik berdekatan.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.