ELAK BERPECAH WALAU BEZA POLITIK-MUFTI



Perbezaan pendapat dan haluan politik dalam kalangan orang Melayu tidak perlu dijadikan sebab kepada perkelahian dan perpecahan, ujar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata perbezaan pendapat sepatutnya dipandang sebagai sesuatu yang positif kerana menunjukkan kemajuan berfikir manusia.

“Orang kita ini kadang-kadang taksub pada parti tetapi sekarang ini, Alhamdulillah orang Melayu sudah matang.

“Kalau dulu orang UMNO sembelih ayam, orang PAS tak makan. Saya pernah tengok buang ayam satu raga dalam sungai, ini kerja bodoh.

“Agama tetap kita bersatu, politik kita boleh berbeza, tidak ada masalah. Parti politik bukan bertujuan untuk berkelahi, hanya perbezaan pendapat dalam soal mentadbir negara,” katanya lapor media ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan wakaf al-Quran tajwid dan terjemahan kepada pelajar luar bandar di Maahad Al Ummah di Ipoh, Perak pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan beliau dari segi kebaikan kepada orang Melayu dan Islam dalam kerjasama UMNO-PAS.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.