WANITA UMNO KUTUK SERANGAN DI MASJID NEW ZEALAND



Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata sayap Wanita UMNO mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di masjid Christchurch, New Zealand yang mengorbankan 40 umat Islam dan seorang rakyat Malaysia tercedera.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dan mereka yang terkesan daripada kejadian mengejutkan ini.

“Wanita UMNO Malaysia amat terkejut dengan kejadian tembakan yang berlaku ketika jemaah sedang bersolat jumaat di Christchurch, New Zaeland. Difahamkan seorang rakyat Malaysia telah tercedera ekoran daripada insiden tersebut. Wanita UMNO Malaysia mendoakan agar mangsa terus kekal cekal dan segera pulih seperti sedia kala.

“Wanita UMNO Malaysia berasa amat kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas sebegini dan berharap Kerajaan akan mengambil langkah yang terbaik untuk melindungi rakyat Malaysia yang berada di sana.

Wanita UMNO Malaysia juga berharap rakyat Malaysia sana untuk sentiasa berhati-hati dan saling membantu,” katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Datuk Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong turut menyeru agar rakyat di sini tidak menyebarkan video penembakan tersebut yang merupakan antara motif penganas iaitu untuk mendapatkan perhatian melalui sosial media dan menyebar kebencian.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar saudara Muslim kita sentiasa berada di bawah perlindungan Allah S.W.T,” katanya.



Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.