GUAN ENG JAWAB MEREWANG-REWANG – TAJUDDIN

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng gagal menjawab dengan jelas mengenai persoalan tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diajukan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di Parlimen.

Tajuddin berkata Guan Eng tidak menjawab soalannya, malah dilihat cuba memberi jawapan yang tidak berkaitan.

“Soalan yang pertama, senang sangat soalan ‘straight forward’ berapa jumlah GST yang masih belum dibayar? Jawapan dia merewang-rewang… dia pergi cerita bayaran balik kepada individu, bayar cukai syarikat yang mungkin terlebih bayar, dia tak boleh jawab.

“Saya pun malas nak bergaduh dengan dia maknanya dia tidak menjawab soalan… yang menjadi isu menarik yang ramai ahli Parlimen teruja dan bangun apabila saya timbulkan, jadi saya tanya betul ke duit itu dah hilang? Siapa yang curi?

“Adakah duit itu tidak hilang tapi digunakan untuk tujuan yang lain seperti perbelanjaan kerajaan, tapi beliau tidak boleh menjawab, Guan Eng menceritakan Petronas tidak berbayar dan ada satu, dua syarikat tidak berbayar, ini bukan jawapan… kita nak tahu duit itu siapa yang curi, tetapi Guan Eng tidak boleh menjawabnya,” katanya kepada media di Lobi Parlimen pada Khamis.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.