PRK RANTAU: SPR HARAP PENAMAAN CALON LANCAR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan pada Sabtu ini berjalan lancar.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata tempoh masa bagi mengemukakan kertas penamaan calon bermula dari pukul 9 pagi sehingga 10 pagi di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sri Sendayan.

“SPR juga mengingatkan kepada bakal-bakal calon yang telah membayar deposit pilihan raya agar membawa resit pembayaran deposit tersebut pada hari penamaan calon sebagai bukti bayaran.

“Calon yang bertanding mewakili parti politik, adalah diingatkan supaya membawa surat kebenaran daripada parti yang membenarkan mereka menggunakan simbol parti,” katanya melalui kenyataan media pada Khamis.

Tambah Azhar, semua pihak diminta mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.