KETEPIKAN POLEMIK POLITIK PERIBADI – HISHAMMUDDIN

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menasihati ahli-ahli UMNO untuk ketepikan polemik politik peribadi yang mampu melemahkan kekuatan parti.

Beliau juga menggesa supaya ahli-ahli parti memberi tumpuan yang lebih terhadap permasalahan rakyat yang kian bosan dengan perbalahan politik sesama parti.

“Cukup-cukuplah, rakyat sudah fed up (bosan) dengan politik ini. Masanya sudah sampai untuk kita lihat masa depan negara. Masa hadapan banyak bergantung kepada kestabilan politik.

“Jika perkara itu serius, bawa ke majlis tertinggi. Itu hanya boleh memecahbelahkan parti UMNO sekarang.

“Isu-isu lain yang boleh melemahkan kita, ketepikan kerana Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) merupakan pemimpin yang menjalankan tugas presiden,”katanya dalam sidang media selepas program bersama pengundi di Pekan Sawah, Rantau, Negeri Sembilan.

Beliau mengulas isu yang mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali bekerja setelah sekian lama bercuti.

Oleh Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.