“BN TAK SURUH MINUM SESUDU SAWIT..” – NAJIB

“Kita punya starategi, zaman BN (Barisan Nasional) dulu, kita tak suruh minum kelapa sawit, kita sruh negara Cina beli kelapa sawit, suruh India beli kelapa sawit..,” jelas Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menzahirkan rasa kesal dengan kejatuhan harga sawit yang membuatkan kehidupan kebanyakkan peneroka felda semakin tersepit.

Najib berkata demikian dalam program Ceramah bersama #Bossku di sebuah restoren Bandar Seri Sendayan pada Khamis malam.

Program tersebut bagi membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau yang mempertaruhkan calon BN, Datuk Mohamad Hasan yang juga merupakan bekas menteri besar Negeri Sembilan.

Oleh: Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.