TOK MAD HARGAI NAJIB BANTU KEMPEN

Kedatangan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Sendayan malam ini bagi membantu kempen Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau dialu alukan oleh calonnya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata Najib mempunyai banyak sumbangan untuk membantu membangunkan kawasan Sendayan seperti apa yang dilihat pada ketika ini.

“Ini kerana, Najib telah memberi bantuan yang besar kepada penduduk di Sendayan. Beliau adalah pemimpin yang banyak membantu merealisasikan apa yang boleh dilihat sendiri oleh rakyat di kawasan itu hari ini.

“Saya harap penduduk dan masyarakat akan keluar memberi sambutan yang mesra kepada beliau,” katanya dalam sidang media di Rantau Negeri Sembilan pada Khamis.

Dilaporkan Najib dijangka menunaikan solat Maghrib di Surau An-Nur, Bandar Sri Sendayan sebelum bergerak ke Masjid Sendayan untuk solat Isyak.

Kerajaan BN pimpinan Najib berjaya mengambil alih tanah ladang peneroka Felda Sendayan pada 2006 sebanyak lebih 2000 hektar selepas dua tahun Mohamad dilantik sebagai Menteri Besar pada 2004.

Projek Bandar Sri Sendayan itu sempat menimbulkan polemik selama 10 tahun berikutan kegagalan syarikat pemaju gagal melaksanakan projek tersebut pada 1995.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.