MINYAK SAWIT : MENTERI HARUS GUNA DAYA PEMIKIRAN TINGGI – TOK MAT

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta pihak kerajaan lebih berusaha dan meninggikan daya pemikiran bagi mengatasi krisis kejatuhan harga minyak sawit.

Kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) seharusnya mengambil tindakan drastik dalam menangani isu ini bagi membantu rakyat khususnya golongan peneroka.

Beliau juga tidak menafikan kempen anti minyak tropika yang sedang berjalan di negara-negara Eropah mampu memberi kesan kepada krisis kejatuhan harga sawit di Malaysia.

Tok Mat juga merupakan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau berkata cadangan meminum satu sudu minyak sawit setiap hari bagi menaikkan semula harga sawit merupakan satu idea kurang bijak.

Oleh HAZIERRA LUKMAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.