PRK RANTAU : BN-PAS BERGERAK DALAM SATU PASUKAN – TOK MAT

PAS memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam menjalankan kempen bersama jentera Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jentera kedua-dua pihak bergerak dalam satu pasukan dan tidak berasingan.

Dalam pada itu, Tok Mat memberitahu akan merangka satu ceramah bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada penghujung kempen.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Gerakan BN, Rantau pada Jumaat.

Oleh: HAZIERRA LUKMAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.