PRK RANTAU : ISU NAJIB – RAKYAT HARUS JELAS – KHAIRY

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin meminta supaya rakyat memahami prosedur mahkamah mengambil masa yang panjang dalam perbicaraan kes melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga mengambil maklum berkenaan kes itu berkata pelbagai pihak harus mengambil pendekatan untuk memberi penerangan kepada rakyat supaya ia tidak menjadi satu gangguan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) n.27 Rantau.

Khairy sebelum itu menzahirkan rasa kesal atas tindakan pihak lawan yang mempergunakan kanak-kanak dalam kempen PRK itu.

“Saya agak kecewa baca berita itu…saya harap benda macam ini dapat dielakkan, sebab ini adalah pentas politik waktu pilihan raya kecil, tidak sesiuai melibatkan kanak-kanak'”katanya dalam sidang media ketika menghadiri Program Komuniti bersama Masyarakat Cina di Dewan Kuala Sawah pada Jumaat.

Oleh Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.