STATUT ROM: TINDAKAN PH MEMALUKAN NEGARA

Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang tergesa-gesa menandatangani ‘Statut Rom’ sebelum terpaksa menarik diri daripada perjanjian tersebut merupakan sesuatu yang memalukan negara.

Presiden Sukarelawan Malaysia, Dr. Isham Jalil berkata tindakan itu membuktikan kerajaan PH pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak konsisten dan terburu-buru sebelum menandatangi perjanjian yang membawa impak negatif kepada keluhuran Perlembagaan Persekutuan serta institusi Raja-Raya Melayu.

“Kepada Kerajaan PH, Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri, jangan buat perkara mengarut seperti ini lagi.

“U-turn dan menarik diri setelah menandatangani Statut Rom ini adalah sesuatu yang amat memalukan Kerajaan dan negara.

“Sepatutnya pihak Kerajaan PH bertindak lebih berhati-hati dan lebih bijak dan tidak menandatangani perjanjian ini dari awal pun, sebab ianya memberi kesan kepada Institusi Raja-raja Melayu, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan Undang-undang,” katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Walaubagaimanapun, Isham berkata langkah PH menarik diri daripada perjanjian tersebut setelah ditempelak pihak pembangkang merupakan satu ‘U-Turn’ yang wajar diterima.

“Walaupun ini adalah satu lagi u-turn daripada Kerajaan PH, namun ia adalah satu u-turn yang boleh diterima.

“U-turn ini dibuat setelah pelbagai tekanan diberikan oleh pihak pembangkang, saya juga tidak setuju dengan tindakan Kerajaan menandatangani perjanjian Statut Rom sebelum ini,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.