HIBAH TH : CEMAR INSTITUSI KEBANGGAAN ISLAM – ASYRAF

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menzahirkan rasa kesal dengan hibah Tabung Haji (TH) yang jatuh mendadak sekaligus mencemarkan nama baik institusi kebanggaan umat Islam.

Menurutnya, perkara tersebut akan berlaku sekiranya pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) terus mengeluarkan kenyataan yang tidak bijak.

“Kononnya siapa yang mahu simpan (duit), nak pergi Haji, boleh kekal.. siapa yang hendak melabur dan nak untung, jangan harap duduk (simpan) dalam Tabung Haji.

“Ini (kenyataan) langsung tidak bertangungjawab,” tegasnya dalam ucapan ketika program Pentas Pemuda dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau pada Ahad malam.

Oleh Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.