HIBAH TH TAK MASUK AKAL – R.THINALAN

Hibah Tabung Haji (TH) yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebanyak 1.25 peratus merupakan perkara yang tidak masuk akal.

Ketua Pemuda MIC, R. Thinalan berkata tidak pernah berlaku dalam Malaysia, rakyat menerima hibah TH serendah itu.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada program santai Pentas Pemuda ketika kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau.

Thinalan dalam pada itu menyeru masyarakat tidak terus terpedaya dengan janji PH dan memberikan undi pada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan.

Oleh HAZIERRA LUKMAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.