PDR MAHU TARIK LEBIH RAMAI AHLI MUDA

Persatuan Darul Ridzuan (PDR) Selangor dan Wilayah Persekutuan mahu menarik lebih ramai golongan muda menyertai persatuan itu untuk membawa idea-idea baru disamping menggerakkan pertubuhan itu.

Kini ahli-ahli yang aktif sudah berusia memerlukan tenaga muda lebih cergas untuk menganjurkan pelbagai program khidmat kebajikan pada ahli-ahli PDR.

Presiden PDR Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas ketika ditemui Watan Online memberitahu PDR bercadang untuk mengumpul ramai golongan muda sebagai ahli agar PDR dapat diberi nafas baru dan aktif dalam menjaga kebajikan ahli.

Beliau ditemui selepas merasmikan mesyuarat Agung kali ke 57 di Hotel Tabung Haji Kelana Jaya pagi Ahad.  Turut hadir Timbalan Presiden PDR Datuk Seri Mohd Azim Zabidi,  Naib Presiden PDR Datuk Maxson Abdullah Hamid Jaafar serta barisan kepimpinan PDR.

Ketika berucap merasmikan mesyuarat itu,  Megat Najmuddin berkata,  PDR kini berjaya mengumpul ramai anak muda sebagai ahli dan telah menjalankan aktiviti permotoran, aktiviti kemasyarakatan, kem motivasi riadah, membersih tanah perkuburan dan kursus mengurus jenazah.

“Kita sentiasa memberi galakkan dan bimbingan pada golongan muda agar tidak tersasar serta terjebak dengan perkara yang menyalahi undang-undang”, tambah beliau.

Pada mesyuarat itu seramai 158 orang ahli hadir, Mesyuarat bermula dengan bacaan doa, meluluskan minit mesyuarat Agung ke 56 dan lain-lain.

Presiden PDR turut melancarkan laman sesawang bagi memudahkan anak-anak Perak di Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk menjadi ahli PDR.

Bagi yang berminat untuk menjadi ahli PDR boleh melayari laman sesawang di alamat berikut www.darulridzuan.org.my

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.